ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

05 October 2009

~F.I.N.A.L~


P/S:
FINAL EXAM TGGAL LG X SMPAI 3 MNGGU PN...ADA DALAM 21  ARI LG,TU  PUN BRMULA STRT DR RINI 5/10..JD BAKI2 MASE YG AD NI.. KITE LEY WAT SDKT AG ULGKAJI TO SBJEK2 Y X SMPAT STDY AG...
JD...
KPD KGKWN SMUA...LBIH2 LG GENG2 AQSO,STUDY SMART 1ST N DO DA BEST AMONG DA BEST K...


JGN LPE BERILAH KEBAHAGIAAN (KECEMERLANGAN) KPD ORG Y MNYAYANGI KITE...

"ORANG YG PALING BAHAGIA IALAH ORANG YG DAPAT MEMBERI KEBAHAGIAAN KPDA ORG LAIN!!



LAKUKANLAH DGN BAIK APA YG ANDA MAMPU BUAT UNTUK HARI INI & TDK USAHLAH BIMBANG TNTG APA YG AKAN BERLAKU ESOK....


SAMA2LAH KITE BRINGAT SEBELUM KITA DI HIMPIT DENGAN "KEGAGALAN"....

BY:PEANUT_JAMBU..^,^

04 October 2009

~PART 1 : C.I.N.T.A AKU YANG D.U.L.U~



Sepanjang aku hidup selama 26 thn ni...
aku (Liya)....
x pernah ada prasaan cinta y bgtu kuat kat mana2 L..
melainkan dgn sorg Mamat nih...
Iskandar..
Tapi APA STATUS AKU SEKARANG???
SINGLE?MARRIED???OR.....
y tu nanti2 lah dulu...


nak taw sape MAMAT tu ??
I.S.K.A.N.D.A.R..
sememangnya 1 nama yang aku x kan lupakan smpai bila2...
kisah y trsurat..trsirat....
banyak kisah...
banyak ujian......
banyak benda n perkara y aku dapat belajar dari nama seorang LELAKI ni....




ISKANDAR....


aku suka dia...
walaupun ramai p x suka dia...
mane x nya...
die smoking,bljar kat sek  arab tp prnah jgk kaler rmbut...
kaler coklat lg...iras2 beyonce..
TAPI...
aku suka tengok muka dia..
gigi dia...
hidung dia...
hahaha....
semua lah tentang dia...
punya lah jahil aku time tu...


Dia suka x datang kelas...
hm....
pernah sekali..
aku dengar cerita...
dia beli surat MC kat klinik...
hmm...
Last2...
trkantoi jugak sebab ustaz kitorang lagi cerdik dari dia...
ustaz tu call direct klinik tu...
n wat pengesahan surat MC tu...
last2....
"ITU MC BELI MAAA..."
tapi...
 dia ni blh dikatakan sbgai mamat y pndai jgk la...
kalau exam..
aku dapat no 5
dia dapat no 3..
macam tu lah...
sampaikan aku pernah terfikir...
kenapalah aku x dapat no sama dgn dia....
dapat no 25/30 pun x pela...
asalkan aku dapat no kedudukan dalam kelas tu sama ngn dia...


SAMPAI MACAM TU SEKALI??
cm x berakal pn ada jgk aku nih...


TAPI DULU LAIN...
SEKARANG LAGI LA LAIN....




aku betul2cintakan dia...
wlpn dia x prnah cintakan aku....


I.S.K.A.N.D.A.R....


Aku tringin nak bercakap dgn dia...
wlpn dia x pnah tringin lgsg pn nak cakap ngn aku....
apatah lg nak tgk muka aku ni...
tapi sampai 1 tahap tuh..
aku pernah wat 1 taktik ngn kengkawan aku..
agar DIA SENDIRI AKAN CAKAP NGN AKU...
tp y tu nanti2 lah aku cerita...




KNPA SAMPAI MACAM NI SEKALI YEE????
nak katakan aku ni hodoh tu x dela....


TAPI....


Aku tahu
aku x secantik angelina jolie...
tp nak buat mcm mana...
taste dia btul2 tggi..
Dia ni jns y btul2 angkuh...
bongkak...
jual mahal y tramat mahal smpai jutawan dunia pn x ley nak bli aku rase...




TAPI....
betul ke cinta tu BUTA??
tp aku ni xdela smpai buta....
rabun thap 300-500 tok suka kat dia tu ada la...
pnah skli thap smpai buta tu....
aku pnah alaminya...
KISAHNYA....




1997-
D suatu ptg....
Aku trdgr suara azan.....
time tu da msk waktu asar...
aku pn g la surau y brdekatan ngn asrama aku tu...
ak g ngn timah n dila...


ttbe...
jeng234...
aku trnmpak dia....




ALAMAK!!!
nak tw apa y tjadi??
Aku TERSELIUH!!
nasib baik dia x nampak...
kalau x jatuh la saham aku...
kenapa aku terseliuh??
SEBAB.....


AKU PAKAI BAJU KALER SAMA NGN DIA!!!
HIJAU!!
byngkan la...
ini bru pkai bju kaler sama...
aku da macm org kne histeria...
org smpai surau jek...
wat solat thyyatul msjd..
aku plak...
TATAKALLAM FI MSJID...
aku gtw kat kgkwn y lain...
aku heboh2kan...
ntah ppe jek aku ni....
Bila d pk2 kan balik...
X sgka aku segatal cm tu...
sampaikan..
aku rasa aku malu sangat....


KENAPA DULU AKU MACAM TU??




Aku pn tnaikan la solat asr bjmaah spt biasa...
spnjg aku solat tu...
hmm....
aku mmg x khsyuk...
aku siap blh trsenyum lg sbb aku pakai bju kaler sma ngn die ptg tu...
ntah ppe jek aku ni.....
cam x sah jek solat aku time tu sebab aku banyak tersenyum mengenangkan peristiwa tadi...
tp tme tu aku bru umur bpe....
x matang lg...


KENAPALAH DULU AKU MACAM TU??


DULU LAIN...
SEKARANG LAGI LA LAIN....


to be continue....

~ DOA SUPAYA DILIHAT MULIA & BRKARISMA..~

DOA SUPAYA DILIHAT MULIA DAN BERKARISMA


Posted on 15:45 comments (3)

اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِيْ رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الـْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلـِيْلٌ فَأَعِزَّنِيْ وَفَقِيْرٌ فَأَغْنِنِيْ وَارْزُقْنِي



Maksudnya : Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezki padaku .[1]



Keterangan :






Doa ini diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari al-Barra` , dan dari jalan yang lain oleh Abdullah bin Amru, bahawa Nabi s.a.w menjelaskan apabila Allah mengkehendaki kebaikan buat seseorang maka dia tidak akan lupa membaca doa ini .[2]


Dari Jami bin Syaddad dari bapanya, beliau meriwayatkan bahwa kandungan doa ini hampir sama dengan doa yang sering diamalkan oleh Umar al-Khattab r.a sebelum memulakan kulia-kuliahnya. [3]






~ ANDA TAHU TENTANG INI?? ~



1. ALWAYS write 'MAKKAH' but NEVER write 'mecca' coz 'mecca MEANS house of wine'...



 2. ALWAYS write 'MUHAMMAD' but NEVER write 'mohd' coz 'mohd MEANS dog with a big mouth'


 3. ALWAYS write ALLAH s.w.t' but NEVER EVER WRITE '4jji' coz '4jji' IS FOR judas jesus isa almasih


 4. prkataan BYE adlh jarum sulit kristian yg bermksud DIBWH NAUGAN POPE


 5. JGN gnekn A'KUM sbb ia bermksud BINATANG DLM BHS YAHUDI..


 6. SEMEKON plak brmksd CELAKA KAMU


 7. Jd gunakan prkataan SALAM sbg singktn bg assalammualaikum tp SEBAIKNYA gunaknlah ASSALAMUALAIKUM wbt p/s: UTK ELAKKN DARI DIRI BUAT DOSA YG XDISENGAJAKN..


TOLONG SEBARKAN..klu nk beli ALQURAN..yg dicetak edisi bru..hati2..cuz ade yg palsu
 1.SURAH AL-IMAN ...
2.SURAH AL-WASAYA
 3. SURAH AL-TAJASUD n 4-SURAH AL-MUSLIMOON..


 JGN sesekali LAYARI http://www.thequran.com...... ......... coz sume isi laman tu palsu..SEBARKAN JIKA ANDA SUME SAYANGKAN ISLAM..

~ISLAM UNTUK SEMUA~
SEBARKAN...



~ DIET ~



SEMOGA DIET KALIAN MMBERI KESAN Y MUJARAB....hehehe

~ nak D.I.E.T ?? tGoK JNs dRh dLu..~

Diet: Apa Jenis Darah Anda?


www.iLuvislam.com

dihantar oleh: serikandi islam
editor : kasihsayang





LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?



Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.



Dr. Peter J.D´Adamo



Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.



Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.





DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’



Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.



Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.



Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging

• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak

• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

• Cukup beristirehat



Menu diet yang dianjurkan:



Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat



Snek: Jus anggur / kopi



Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba



Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau



Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba





DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’



Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.



Ciri khas golongan darah B:



• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.

• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.



Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.



Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.



Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.



buah-buahan yang berkhasiat



Menu diet yang dianjurkan:



Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak



Snek: Jus anggur



Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba



Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba



Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba





DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’



Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.



Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.



Ciri khas individu jenis darah AB:



• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan



Menu diet yang dianjurkan:



Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju



Snek : Yogurt



Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba



Snek: Kek keju dan teh herba



Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi





DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’



Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.



Ciri khas golongan darah O:



• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

• Mudah mengadaptasi berbagai makanan

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran

• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian



Menu diet yang dianjurkan:



Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang



Snek : Teh herba



Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal



Snek : Sepotong kuih



Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.



Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

31 January 2008

Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN

~ AKU BAKAL MNJADI SEORANG ISTERI?? ~

Di pagi yang hening..



Mata ini lena di ulit maya..


Alam yang fana ku jejaki..


Menerokai dunia mimpi..


Yang kan hilang tatkala mata terbuka..






Namun,


Pagi yang mendamaikan..


Membuatkan aku terpana sendiri..


Mengalami mimpi yang unik...


Bersama keluarga & kawan tersayang..






Di suatu saat yang indah..


Ku bersama teman-teman..


Menunggu giliran bersiram..


Tatkala tiba saatku..


Semuanya bertukar wajah..


Aku keliru bagaimana ia berlaku...






Persiapan nan rapi dibuat...


Hantaran nan indah tersusun elok..


Bunga paha perbagai warna..


Menghiasi ruang yang ada...


Sanak saudara berkumpul bersama


Namun wajah mereka...


Bagai menyembunyikan 1001 rasa...






Aku terpana sebentar...


Siapakah gerangan yang menjadi raja sehari...


Ku lihat kanan dan kiri..


Terpandang seorang adam yang tersenyum mesra..


Segak badannya, bersih mukanya..


Gerak geri yang seakan redha dgn apa yang berlaku..






Setelah puas ku mencari jawapan..


Ku temui satu kejutan...


Adam itu...


Adam itu bakal menjadi suamiku...


Why???


Kenapa dia???


Aku xkenali langsung dgn huluran salam..


Argh......kenapa ini yang berlaku???






Akhirnya aku faham segalanya...


Kerana seorang lelaki aku dianiaya...


Tapi..aku xingat apa yang terjadi...


Sedar2 aku bakal mnjadi isteri seorang adam...


Dan ya......


Adam itu sanggup menjadi suamiku...






Selepas majlis selesai...


Aku masih disini....


Belum cukup memahami situasi ini..


Cepatnya masa berlaku..


Ya Allah....inikah takdir buatku..


Diakah jodoh yang telah KAU tetapkan...


Aku redha keranaMU ya Rabbi..






Aku masih disini...


Kekok dgn gelaran baruku..


Isteri kepada suami...


Ya Allah besarnya tanggungjawab ini...


Bersediakah aku memikulnya...


Bersama adam yang xpernah kukenali..






Melihat raut wajahnya...


Tenang jiwaku yang bergelora...


Dengan persoalan2 yang masih merah..


Menantikan sebuah jawapan yang pasti..


Ya Allah...kuatkan iman di hati..


Agar tabah ku harunginya..






Ya...setiap insan inginkan kebahagian buat selamanya..


Begitu juga diriku yang sentiase berdoa padaNYA..


Kurniakan & temukan jodoh yang tepat untukku..


Bukan sahaja untuk hidupku malahan matiku,


Bukan jua di dunia tetapi kekal di akhirat sana..


Yang bertambah iman tatkala bersamanya..


Menjadi imam yang soleh dalam setiap solatku..


Yang dapat menjadi ketua keluarga yang adil bagiku..






Darinya ku temukan impian itu


Yang terlahir di benak fikiran..


Aku mula menerima kehadirannya..


Senyuman ikhlas ku berikan...


Pada seorang suami selayaknya..


Tanggungjawab seorang isteri ku tunaikan..


Doaku..moga ianya kekal buat selamanya..


Bersama redhaMU ya Rabbi..






Ya..tergiang2 lagu syahdu..


Bagai mengiringi bahagia yang ku cari..


Layar keinsafan ku hayati..


Susunan lirik yang indah..


Menimbulkan rasa yang hina di depan Ilahi...


Ya Allah..banyaknya dosaku...


Bersamanya ku mencari cintaMU ya Rabbi..






Tiba2 mata ini terbuka...


Lagu itu masih berkumandang...


Menghabiskan bait2 terakhir..


Sampai ke penghujung






Tapi....


Aku masih disini...


Di pembaringan..


Ke lihat kiri kanan, atas dan bawah..


subhanaALlah itu semua hanya mimpi...


dan hilang tatkala mata ini terbuka...


mimpi hanyalah mimpi semata...


aku termangu sendiri.....hahahahaha...


MIMPI JEK......



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...