ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

28 December 2009

~ JIKA TERJAGA DITENGAH MALAM...~~


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal!

27 December 2009

~APA ITU "JODOH" ??

-->

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan  teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

www.iLuvislam.com
 



~ SIAPA YG ANDA SYG???~~

Pada suatu arI di sklh,,seorg murid bertnya pd gurunya.....ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih syg.

>PELAJAR: "cikgu,mcm mana kita nk pilih sseorg yg tbaik sbgai org yg paling kite syg???mcm mna jg kasih syg itu nk bkekalan???
>CIKGU: "o.k,,kamu ikut ape yg sy sruh....kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput smbil memandang rumput di dpan kamu....Pilih yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkg walau sekali...Dah petik rumput yg PALING CANTIK ,,bawa ke kelas....
>Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pn di tangannya....cikgu btanya,,,knapa tiada rmput yg dipilih??



PELAJAR: "tadi mase sy bjalan,,sy carilah rumput yg PALING CANTIK,,mmg ada bnyk yg cantik tp cikgu kata petik yg PALING CANTIK,,maka sy pn terus bjalan ke dpn smbil mncari yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lg....Tp,,smpai di penghujung pdang,,,sy xjumpa pn yg PALING CANTIK...mungkin ada diantara yg di belakang sy tadi rumput yg PALING CANTIK ttp cikgu dh ckp xboleh menoleh ke belakang semula,,jd tiadalah rumput yg sy boleh petik....>CIKGU: "Ya,,itulah jwpnnya...Maknanya apabila kita telah bjumpa dgn seseorg yg kite syg,,jgn la kite mncari lg yg lebih baik dari itu...Kite patut hargai org yg brada di dpan kite sebaik2nya.....Jgn kite menoleh ke belakang lg kerana apa yg telah berlaku tetap berlaku....Semoga yg berlalu tidak berulang lg....Dan ingatlah,,,org yg paling kite syg itulah yg paling cantik dan paling baik....Maupun nk ikotkan byk lg yg lebih cantik dan baik seperti rumput tadi......................





08 November 2009

~ANGKARA MEREKA..~~~

khas buat kwn2 semua....Cuba buat n tgk...




> > > > > > >



> > > > > > > 1. Bukak Microsoft Word korang.



> > > > > > > 2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY



> > > > > > > (Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu)



> > > > > > > 3. tukar saiz font tu kepada saiz 48



> > > > > > > 4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings.



> > > > > > >



> > > > > > > Apa yang korang nampak?



> > > > > > > Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ....dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH.... Cubalah...dan sebarkan....



> > > > > > > Allahuakbar!!!!


ISLAM UNTUK SEMUA!!!!!



 
 

~BISMILLAH ENAM...~~


BISMILLAH ENAM



• Makbul segala hajat dan cita-cita.


• Luas rezkinya.


• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.


• Menang dalam peperangan.


• Penerang hati.


• Diajuhkan dari segala penyakit.


• Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.


• Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.


• Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.


• Aman daripada binatang2 buas.


• Air laut menjadi tawar.


• Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.


• Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.


• Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.


• Terselamat dari karam dilaut.


• Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.


• Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.


• Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.


• Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.


• Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.


• Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.


• Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.


Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.


P/S:
MARI KITA SAMA2 AMALKANNYA DAN 4WARDKAN PD KLGA,TMAN2 DAN KENALAN2 Y LAIN....


Bismillah enam in Microsoft Power Point







~UNTUK SAMPAI HAJAT...~~

Untuk Sampai Hajat



Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:






"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."






Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.






30 October 2009

~SENYUMAN PARA SYUHADA MU YA ALLAH.....~~

Alangkah agungnya sorang yang SYAHID. Di akhirat dia memperoleh kebesaran dan ganjaran yang luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ni kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid TERSENYUM~!!!!!!!.







Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir SENYUM di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini:















YA ALLAH......
KAU TEMPATKAN LAH MEREKA SEMUA YANG TELAH BERJUANG DI JALANMU...
YG MENEGAKKAN AGAMAMU....
YG MEMPERTAHANKAN KEBENARAN AD-DINMU....
YG MENGORBANKAN SEGALA-GALANYA PADA JALANMU YA ALLAH......
SEMOGA MEREKA SEMUA DITEMPATKAN DIKALANGAN MEREKA-MEREKA YANG BERIMAN DAN YG MNDAPAT GANJARAN SERTA KEREDHAANMU YA ALLAH....
AMINNNNNN.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...