ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

10 March 2011

~MENYESAL KAHWIN AWAL....~~~


Ini cerita aku.. 

Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". 
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!


Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

~DOSA BERHIAS~~~


Bismillahirrahmanirrahim….

Sedikit perkongsian sewaktu menonton Wanita Hari Ini pada tengah hari tadi (7 Mac 2011). Tertarik dengan satu sesi perbincangan bersama ustaz Haslin, Heliza dan editor majalah An Nur tentang tajuk:BERTUDUNG, TAPI SEKSI.. 

Inilah reality sekarang. Ini kerana imej bertudung kini tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ia telah diubah suai mengikut peredaran zaman. Mungkinkah ini agenda Yahudi kuffar yang ingin melihat kehancuran umat Islam? Teringat video ‘The Arrival’ siri 46, salah satu taktik mereka untuk memusnahkan cara hidup umat Islam ialah melalui ‘sex’. Umat Islam hari ini disajikan dengan pelbagai konsert Hollywood yang membahayakan iman, majalah lucah yang berlambak di pasaran, budaya mengagungkan artis, fesyen yang terpesong dari syari’at Islam dan banyak lagi agenda jahat mereka. Tanpa sedar, sedikit sebanyak ia telah berjaya mempengaruhi jiwa pemuda pemudi Islam hari ini. Lihatlah cara hidup kebanyakan kaum hawa hari ini, terlalu ramai yang tidak bertudung dan ada yang bertudung, tapi berpakaian ketat, nipis dan terbuka.. Inilah yang menjadi topik perbincangan di WHI tadi. Kebanyakan alasan yang digunakan untuk membenarkan perkara ini iaitu BERTUDUNG TAPI BERFESYEN KETAT, NIPIS dan TERBUKA ialah
  1. Dosa kecil je kalau sekadar ketat sedikit pun. Kami kan dah bertudung
  2. Lambang kemodenan (up to date)
  3. Setaraf dengan wanita lain agar tidak dipandang ‘lain’ oleh mereka
  4. Jalan cepat bertemu jodoh
Moga kita semua diberi hidayah taufiq untuk terus mengamalkan Islam dalam SELURUH KEHIDUPAN seharian kita sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara sempurna”. Jadi, saya terfikir untuk berkongsi ilmu yang saya dapat hasil daripada pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Al-Azhar. Sungguh, saya akui mutiara ilmu daripada buku ini amat bermakna dalam memberi keyakinan untuk terus istiqomah dengan pemakaian muslimah dan Alhamdulillah, setakat ini 4 orang sahabat yang mana selama ini ragu untuk berubah ke arah yang lebih baik TELAH BERJAYA MENDAPAT KEYAKINAN melalui hujah dan jawapan yang diberikan dalam buku ini kerana kesemua hujahnya bersandarkan Al Quran dan as Sunnah. Segala puji bagi Allah dan semoga Allah limpahkan rahmat kepada Ust Hj Mohd Hanif serta hasil tulisan ini mampu sedikit sebanyak membetulkan gaya hidup dan identiti muslimah kini supaya tidak tersasar dari landasan syara’.

APA ITU TABARRUJ ??
Menurut Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala benda yg bertujuan utk perhiasan. Al- Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu terbahagi pada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi  adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi manakala perhiasan buatan pula ialah alat2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan lagi kecantikan dirinya. 

APAKAH TABARRUJ DIBOLEHKAN DALAM ISLAM ??
 Firman Allah Ta'ala: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”. Oleh sebab itu, Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita menutup aurat supaya dia tidak mendedahkan perhiasannya. Namun realiti hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung yang mana tidak selari dengan tuntutan syari’at. Pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Programnya bercirikan Islam, namun gaya penampilannya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui  rancangan ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya

'STRICT'NYA ISLAM. NAK BERHIAS SIKIT PUN X BOLEH KE?
Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah itu cantik dan  Allah sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat .Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam surah Al A'raf: 25.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya” (Al-A’raf:25)

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:
1) Pakaian yang  menutup aurat, yang malu apabila dilihat orang.
2) Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
3) Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat: 

         o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
         o Tidak nipis dan terlalu jarang
         o Tidak ketat dan longgar
         o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya

..................................................................................................................................................

Namun realiti muslimah kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini. Lihatlah fesyen hari ini, ramai yang bertudung, tapi dipakai dengan baju yang ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan. Ramai yang bertudung, tapi dililit ke atas hingga menampakkan dada. Ia jelas bertentangan dengan suruhan Allah dalam surah An Nur ayat 31: "Dan katakanlah pada perempuan beriman agar melabuhkan tudung ke dadanya...". Ramai yang bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga menampakkan rambut. Ramai yang bertudung, tapi perhiasan terlalu banyak hingga menarik perhatian orang ramai. Inilah realiti hari ini. Mereka sering berhujah dengan pelbagai alasan untuk mengahalalkan tabarruj ini, sehingga terkadang kita sering tertipu dengan retorik yang diada-adakan oleh mereka. Namun Alhamdulillah, buku ini akan menjawab segala alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini. 

ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..
Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik. Maka orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renunglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu”. 

Adakah kita memilih untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaimana hadis Nabi tadi? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya KEBAIKAN ITU DAPAT MENGHAPUSKAN KEJAHATAN JIKA DISERTAI dengan  PENYESALAN dan TAUBAT. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu

ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date
Pasti ramai di kalangan perempuan yang bertudung labuh pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini.

Tapi, janganlah bersedih wahai wanita beriman kerana Allah Ta'ala telah berfirman: Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan tentang Islam.

 Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 berjenama dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar PEREMPUAN. Malah, merek menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai untuk iklan dan melariskan jualan. Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambang kemodenan kerana KEMODENAN SEBENAR DI SISI ALLAH  ialah KEMODENAN YANG MEMBAWA RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM.

ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri seseorang wanita setaraf dengan kebanyakan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan
 "Islam bermula dengan dagang (asing) dan berakhir dengan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang". Hakikat hari ini, TERLALU SEDIKIT bilangan muslimah yang benar2 berpakaian menutup aurat menurut kehendak syari'at, sehingga sering saja mereka berasa tersisih dari dunia ramai kerana rata2 perempuan kini berpakaian sekadar menutup apa yang patut sahaja. 

Tapi fikirkan: Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”. Menghairankan sekali, KENAPA WANITA MUSLIMAH KINI TIDAK MALU MENONJOLKAN IDENTITI FASIQ, TETAPI MALU UNTUK MENONJOLKAN IDENTITI TAQWA DAN IMAN DENGAN BERPAKAIAN MENURUT SYARI'AT. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata kerana takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini? Lalu mengutamakan redha mereka daripada redha Allah Ta'ala?

Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka? Ketahuilah, sesungguhnya wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang rendah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan datang suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yang akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-36:“Sesungguhnya, orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang (derhaka) itu

ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan
 Jika kita lihat senario kini, ramai muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.
..........................................................................................................................................

Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sehingga menampakkan ia hanyalah dosa kecil  dan menyebabkan mereka melihat perkara haram sebagai halal. Na'uzubillah min zaalik. Semoga kita semua dapat istiqomah di atas jalan yang benar dan menjadi mukminat solehah kerana mukminat solehah itu lebih cantik daripada bidadari syurga.


p/s:  Jika hendak mantap lagi, kajilah keperluan menutup aurat menurut kajian saintifik.
 SETIAP PERINTAH ALLAH PASTI BAWA RAHMAT DAN KEBAIKAN PADA UMATNYA, sama ada perintah itu BERAT atau RINGAN. Mohon agar Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk istiqomah dengan cara hidup Islam sebenar.

Segala yang baik ini daripada Allah Ta’ala dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Siiru ‘ala barakatillah..

MUTIARA BERHARGA: TABARRUJ DOSA BERHIAS. Bagaimana mengenali & menghindarinya. 105 pg
^.^ 

23 February 2011

~ AKU & TUDUNG LABUH...~~


Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
"Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus."
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.
* * * * * *

"Awak setuju dengan keputusan ibu?"
Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
"Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?"
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba ibu Humaiya menghalang dia bertudung labuh lagi. Humaiya sedar, ibunya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan ibunya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Humaiya untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Humaiya juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Humaiya yang kini sering menjaga solatnya.
Humaiya yang kini lebih elok keperibadiannya.
Humaiya yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Humaiya yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila ibunya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama ibunya kelmarin.
"Ibu rasa ibu tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap ibu?"
"Tapi bu, akak ...".
"Ibu rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Ibu rasa awak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang awak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je."
Nada suara ibu Humaiya yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh ibunya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur ibu!
Apabila diimbas kembali, Humaiya sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk ibunya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan ibu.
"Akak! Cepatlah, giliran akak ni." Balqis merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
"Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah."
Balqis mengeluh panjang.
Humaiya turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan ibunya. Ibunya cuba mencari perhatian Humaiya, tetapi gagal.
"Humaiya! Kenapa bermasam muka dengan ibu? Humaiya mahu jadi anak derhaka ke!."
Humaiya tersentak. Ibunya tiba-tiba melenting.
"Akak minta maaf ... akak tak bermaksud nak..."
"Itulah Humaiya! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang ibu tak kasi buat!"
Belum sempat Humaiya berkata kata, ibunya kembali melenting. Humaiya segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Balqis terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
"Maafkan akak bu..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka..."
Tangisan Humaiya makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Humaiya runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh ibunya. Rasa kesal menyelubungi diri.
"Urghh, tak patut aku bermasam muka!."
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Humaiya beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati ibunya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
"Aku kena betulkan keadaan."
Humaiya nekad.
* * * * * * *
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami ibunya. Humaiya menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah ibunya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Humaiya. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya ibunya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek ibunya .
"Harap harap mama baca lepas aku pergi besok...", monolog Humaiya.
Awal pagi berikutnya Humaiya segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.
* * * * * *
"Humaiya ....".
Ibu Humaiya menitiskan air mata membaca surat Humaiya . Surat itu menjelaskan segala isi hati Humaiya, ibu Humaiya sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya...
* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Humaiya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
"Assalamualaikum! Humaiya dah balik!"
Humaiya membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
"Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?"soal Balqis.
"Penat sangat..."
"Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau."
Humaiya senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
"Ibu minta maaf...ibu tak patut halang Humaiya, lagipun kalau Humaiya pakai macam tu terjagalah sikit anak ibu ni..."
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
"Humaiya pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil."
Humaiya terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .
"Sehelai Tudung Labuh"
from  ibu :)
Humaiya tersengih....  ;)


22 February 2011

~SURAT SAYA UNTUK EMAK.....~~~


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...