ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

01 July 2014

~REDHA MEMULANGKAN HAKNYA...... AL-FATIHAH BUAT IBU TERSAYANG.......

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Semua orang akan diuji tuhan , semua orang akan merasai kehilangan  . 
Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit . 

Berpeganglah dalam hati.... kerana dia hanya pinjaman sementara..... 


Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu..... 



Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang , dua orang dalam tempoh berdekatan . 
Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.



Kalau rindu sangat , apa kita kena buat ?
 Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ...
 Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni , tau .

Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?

Pertama :


Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu). 



 setiap jiwa akan merasai mati.. 



Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” 






Kedua:


Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.



Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

Ketiga:


Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. 
Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.


Keempat:


Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. 
Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.


Kelima:


Jangan kecewakan roh si mati. 
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. 
Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).

---


Akhir sekali, cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah. tapi tak gerak , tak buat, macamana semua benda nak jadi lebih baik kan ?
 Jadi pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

                                 Penyembuhan dan pemergian
                                 Tips ubati rasa kecewa dan tekanan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

REDHA , REDHA, REDHA.
Semoga kuat , sahabat !

p/s:  Ujian ini adalah tanda ALLAH sayang kita, meningkatkan iman kita dan menghapuskan dosa -dosa kita . Insyaallah, kita boleh. Semoga kita semua kuat menghadapi hari hari muka :).








Al-fatihah buat emak yang tersayang...
satu-satunya ibu yang dimiliki.....


(27.08.1964-18.08.2014)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...