ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

04 September 2010

~BOROI @ BUNCIT??~~

Boroi atau Buncit?

Haha..sama lah kan? Anda tergolong dalam golongan ini? Atau suami anda juga tergolong dalam golongan boroi? Masa sebelum kahwin bukan main tegap badannya, tapi lepas kahwin? Oppss..Maaf kalau ada yang terasa yer. Sebenarnya artikel ini saya dapat melalui email saudara Mohd Suhaimy, iaitu antara Internet Marketer yang popular di Malaysia. Isu Boroi memang tidak asing bagi golongan lelaki. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca..
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.
Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seksAir mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakarpula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.
Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga

~KISAH 4 ISTERI~~~

Salam semua..~
sLmt brpOSE n sLmT ARi rYE....
ari nie KTe  nak berkongsi dengan kGKwN  semua TnTg kisah teladan iaitu Kisahku Bersama 4 Isteri. Sangat menarik dan menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Jom kita teruskan membaca yer..
“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.
Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.
Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.
Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?
Doctor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”
Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.
“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.
“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”
Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!
Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.
“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.
Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.
“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”
Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.
Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.
“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.
“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”
“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”
“Dengan lancar?”
“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”
“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”
“Apa masalahnya, bang?”
“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”
Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.
“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.
“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.
Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.
“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”
Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.
Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.
Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.
Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.
Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. 
Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.
Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?

02 September 2010

~~ MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012? Kenyataan ayau Khayalan?

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .... 

cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dankenyataan pasal Kalendar Islam 2012 Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa"

~BERSYUKURLAH...GEMBIRALAH....~~~

Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg sangat membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan menikahi gadis itu kalau gadisnya sudah bisa melihat dunia.



Suatu hari ada seseorang yang mendonorkan sepasang mata kepada gadis itu. Yang akhirnyasi gadis boleh melihat segala hal, termasuk kekasihnya. Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu, "sayangggg ... sekarang kamu sudah bisa melihat dunia, Apakah engkau mau menikah denganku?". Gadis itu terguncang saat melihat bahawa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia menolak untuk menikahi si lelaki pacar-nya itu yg selama ini sudah sangat setia sekali mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya. Dan akhirnya si Pria kekasihnya itu pergi dengan meneteskan air mata, dan kemudian menuliskan sepucuk surat singkat kepada gadisnya itu, "Sayangku, tolong engkau jaga baik-baik kedua-dua mata yg telah aku berikan kepadamu".

* * * *

Kisah di atas menunjukkan bagaimana fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih kerana telah menyertai dan menopang bahkan di saat yang paling menyakitkan.

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar ingatlah akan seseorang yang tidak boleh bercakap.

• Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

• Sebelum engkau mengeluh tentang orang tuamu, ingatlah akan seorang anak yang menangis kepada Allah untuk meminta kesembuhan atas penyakit orang tuanya.

• Apabila engkau lelah dan mengeluh tentang sekolahmu, ingatlah akan anak-anak yang menginginkan untuk melanjutkan sekolah, tetapi tidak mempunyai biaya untuk itu.

• Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan dosanya.

• Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah swt kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DI SETIAP DETIK DALAM HIDUPMU, KARENA ITU TIDAK AKAN terulang lagi untuk waktumu selanjutnya!


(Oleh Ratih Purnama .... Terima kasih kepada Penulis tulisan ini, semoga menjadi amal jariyah baginya dan bagi kita yang mengambil hikmahnya, amin)

BAGAIMANA MENURUT ANDA? sila beri komen terbaiknya ... :-)

31 August 2010

~NON HALAL CHOCLATE!!~~

All the below Masterfood Company Chocolate Products (Mars) are no longer Halal. They started using Animal product rennet(pork) in it for products that have expiry date after 1 st of October 2007.

Check this article from BBC News
And this from the Vegetarian Society


·    Bounty
·     Celebrations
·     Dove Chocolate
·    Flyte
·     Galaxy
·     Kudos (North America)
·     Lockets
·     M-Azing (North America)
·     Maltesers
·     M&M's
·    Mars Bar
·     Mars Delight
·     Milky Way
·     Minstrels (UK only)
·     Mars Planets (newly inroduced in UK)
·     Skittles
·     Snickers (The top-selling candy bar in the United States. Known in the UK as Marathon until 1990.)
·    Starbur st (Originally Opal Fruits in the UK .)
·     3 Musketeers ( North America )
·     Topic
·     Twix
·     Snicker's Marathon Energy Bar
·     AquaDrops


~PENGAKUAN CHEF HOTEL 5 BINTANG~~

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, ( x sure bile ni)...sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm , terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?
Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.


Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.


JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.
Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

~CHICKEN RICE SHOP~~~






Dari gambar di atas, logo halal yang diiktiraf JAKIM jelas diletakkan di hadapan kedai ini. Adakah ini umpan untuk menarik pelanggan muslim atau benar2 pengiktirafan yang sah?
.

Sebagai seorang pengguna, kita tidak boleh mengambil sesuatu berita bulat2. Jadi, kita perlu menyelidiki sendiri berita tersebut. Malangnya, tidak semua pengguna mampu menghabiskan pencarian itu sehingga ke akar umbi. Berikut adalah antara pencarian yang dilakukan untuk mencari status halal The Chicken Rice Shop:

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-56974.html

chicken rice shop tu cina punya.Memang ada tanda halal tapi ayam yang dia masak tu dia beli kat mana kita tak tau pon. ...

http://www.smartgeneration.com.my/forum/viewtopic.php?t=8879&sid=d122c34578a9885a687a3d1c31a60dde
[Sijil Halal telah tamat tempoh sah] [THE CHICKEN RICE SHOP RESTAURANTS SDN BHD] 32. THE CHICKEN RICE SHOP (BERJAYA TIMES SQUARE) ...

Ada juga maklumat di ruangan siber yang menyatakan The Chicken Rice Shop tidak pernah mendapat pengiktirafan halal.

Semua maklumat itu tidak tepat. The Chicken Rice Shop yang didaftarkan di bawah TCRS Restautants Sdn. Bhd. mempunyai pengiktirafan halal daripada JAKIM. Anda boleh pergi ke website JAKIM untuk memastikannya sendiri. Buat carian untuk syarikat TCRS Restaurants Sdn. Bhd. dan anda dapat melihat sendiri. Berikut adalah snapshot dari website JAKIM:



(Sila klik imej untuk senarai penuh)
Ada juga maklumat dari http://rozaimy.komputer.com.my/248 yang menyatakan The Chicken Rice Shop mempunyai sijil halal. Penulis post tersebut juga menyatakan perasaan kesalnya terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu tentang The Chicken Rice Shop.

Sijil halal The Chicken Rice Shop juga boleh dirujuk di website restoran tersebut iaituhttp://www.thechickenriceshop.com/about.html

Kesimpulannya, The Chicken Rice Shop mempunyai sijil halal yang diiktiraf. Pengguna2 juga harus membuat research sendiri dan tidak mempercayai maklumat2 dari email dan sebagainya yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.

Sentiasa mencari yang halal,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...