ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

25 December 2010

~TRAGEDI "EMOSI" CHRISTMAS".......

Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.
Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.


“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.
“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.

“Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. 

Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” saya mencuba ‘rawatan’ alternatif.
Pelajar yang bertanya, dan rakan-rakan yang lain ketawa.
“Hah, nak beli lagi ke?” sergah Masri kepada pelajar tersebut.

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.”

 [Hadith Riwayat Muslim]

Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu.
DISEMBER DI BARAT


Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa
Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.
Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?
Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!


MERRY KUFUR!
Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.
Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible.

 Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.


Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.

“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.


TERBALIK
“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.
Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.

“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.
Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.



KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA
Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.




Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.

KRISMAS DAN RAYA
Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.



Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.



KRISMAS DI MALAYSIA
Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.

Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.


Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. 


Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.

Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.



Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? 



Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu.

 [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak!

Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

~5 FAKTA CHRISTMAS~~~




Photo dari Santa Parade Wellington [klik]
Sebelum entri ini diteruskan haruslah diingatkan bahawa saya secara jujurnya tidak berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman mahupun keagamaan disini. Hanya mahu berkongsi maklumat. Peace 1Malaysia. Oh ya, please check IC anda kalau anda dah melepasi umur 16 tahun untuk memahami justifikasi dalam entri serius hari ini. Here goes K...


#1: UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT XMAS
Okay ini paling ramai orang buat sebab kita kan dalam 1 negara Malaysia yang 'aman' damai dan penuh toleransi ni semua benda kita nak sambut tanpa usul periksa. Walaupun kebebasan beragama tu ada dalam peruntukan perlembagaan Malaysia, tapi ia tidaklah pulak mewajibkan umat Islam agar mengucapkan 'Merry Xmas' kepada rakan taulan mereka sebab kita sebagai umat Islam adalah dilarang untuk menyambut perayaan keagamaan lain-lain. Benda ni disebut dalam khutbah Jumaat siang tadi dekat Masjid Kilbirnie, Wellington, New Zealand. Adalah dikhuatiri perkara ni boleh menyebabkan syirik. 


Yo, bukan aku saja-saja reka ini benda. Imam yang cakap.


#2: SAMBUTAN KRISMAS BERASAL DARI PAGANISM 
Simbol paganism
 Orang Kristian jangan marah aku K tapi inlah kebenarannya. Korang ingat lagi Supernatural Season 4 ke Season 5 entah aku tak ingat yang ada kisah pasal Winchester Bros ni memburu Pagan Gods yang makan manusia waktu Krismas disebabkan diorang lapar? Dulunya manusia sembah diorang tapi lepas Nabi Isa (Jesus; dalam Bible) muncul, dia pulak dapat nama. Fakta sebenarnya, Catholic Encyclopedia, 1911 edition yang diterbitkan oleh Roman Catholic Church menyatakan bahawa "Christmas was NOT among the earliest festivals on the Church...the first evidence of the feast is from Egypt." "Pagan customs centering around the January calendars gravitated to Christmas.".

Dan Krismas tidak disambut sebagai perayaan rasmi Kristian sehingga kurun ke 5. Hanya selepas tu barulah Riman Church mengarahkan agar perayaan ni jadi perayaan mereka. Umat Islam hati-hati baca point kedua ni...

#3: SIAPA LAHIR PADA 25 DISEMBER?BUKAN NABI ISA A.S
This is totally not Jesus. We are gonna cover this in jiffy...
Selepas beberapa kajian aku baca, diulangi, baca dan bukan percaya atau beriman dengan bahan bacaan tersebut,  bahawa Jesus tidak dilahirkan pada musim winter pun disebabkan ayat ni "there were in the same country shepherds ABIDING in the field, keeping watch over their flock by night" (Luke 2:8, Bible). Sebab apa? Sebabnya sebelum Oktober 15, para penternak kambing sekalian di Judaea dah pun simpan kambing-kambing diorang dalam kandang so annti takdelah kambing diorang mati menggelupur kesejukan. jadi berdasarkan Luke 2:8 tadi, Bible sendiri cakap Jesus tak lahir musim winter. Catholic Encyclopedia menyokong benda ni orait. Habislah Anonymous serang blog aku nanti...

Mana aku tahu pasal musim-musim ni? Song of Solomon 2:11 and Ezra 10:9, 13 cakap, winter ialah musim hujan yang tak sesuai untuk dibiarkan kambing biri-biri bergembira di luar kandang. Nanti kena pneumonia tak pun hypothermia...

#4: KALUNGAN HOLY WREATH

Nampak benda atas ni? Ada di kebanyakan pintu bagi mereka yang menyambut Krismas. Gambar Google je.  Benda atas ni dipanggil Holy Wreath. Kalau kita rujuk Supernatural..okay aku dah ingat, Supernatural Season 3 Episode 8; benda ni digantung kat pintu untuk menyeru Pagan Gods supaya datang makan kat rumah diorang...

The use of Christmas wreaths is believed by authorities to be TRACEABLE TO THE PAGAN CUSTOMS of decorating building and places of worship at the feast which took place at the same time as Christmas. The CHRISTMAS TREE IS FROM EGYPT, and its origin dates from a period long anterior to the Christian Era (Haskins, 1872-1944)

#5: APA KAITAN SANTA CLAUSE?
Now we are here at this topic. At last!
Pakcik gemuk yang boleh memuatkan diri dalam serombong asap rumah-rumah yang menggantungkan stoking besar ni sebenarnya pada sejarah awal dikaitkan dengan St. Nicholas of Myra yang merupakan seorang Bishop. Dia ni femes  dengan aktiviti bagi-bagi hadiah sekitar 300 A.D (Latin, anno domini) dan jugak dikatakan telah memberi hantaran untuk 3 anak perempuan seorang penganut Kristian yang taat so diorang tak payah jadi pelacur. 


Ah, ignore this. Korang tak minat sejaraH kn...

Of course, tak wujud cerita pasal orang kerdil dan jugak rusa berhidung mentol yang boleh terbang di angkasa sambil mengeluarkan bunyi loceng...  :)

~INILAH "ISLAM"....


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, (walaupun begitu masih pelik & tidak relevan mengapa kaum kafir mengatakan bahawa al-quran itu direka oleh Nabi Muhammad, sedangkan sangat jelas bahawa beliau tidak tahu MEMBACA & MENULIS..) 
namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

23 December 2010

~JANGAN MENGHINA ORANG....



RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak...


Ameen...~~

22 December 2010

~BAHAYA MENGADAP LAPTOP LAMA2........




Gejala :
  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah 


dipaparkan teknik-tekniknya.


  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.





Memang bahaya jugak klw kite sume mengadap laptop o kmpter lama-lama ni.


Semoga ia memberi peringatan kt kita untuk lebih berhati-hati lagi.....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...