ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

01 January 2010

~ DOAKU UNTUKMU....~~

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM....

Semoga berjaya mnjadi GADIS MULIA
SEMULIA DIRI MARYAM.....

Semoga berjaya menjadi WANITA FAQIHAH
SEBIJAK MINDA A'ISYAH.........

Semoga berjaya mnjadi PEREMPUAN TABAH
SEKUKUH HATI ASIAH........

Semoga brjaya mnjadi SRIKANDI KEBANGSAAN
SEHEBAT JIWA SUUMAYYAH.......................

Semoga berjaya menjadi HIASAN INDAH
SEANGGUN AKHLAK DAN PERIBADI RABIATUL ADAWIYYAH...............

Semoga berjaya mnjadi ISTERI SOLEHAH
SETULUS KASIH & CINTA KHADIJAH.............

Semoga brjaya mnjadi PEREMPUAN & KEKASIH IDAMAN SETIAP KALBU
KECINTAAN TUHANMU.....


Amin ya Rabbal alamin.............
Semoga kita smua bisa MULIA,BIJAK,KUKUH,HEBAT pada JIWA& AKHLAK serta TABAH mnjalani & menempuhi segala ujian yg dtg drNYA.....

I LOVE ISLAM....
^.^



~PELIHARALAH PETUNJUK & HIDAYAH YG DIBERIKANNYA...~~






Gunakan Aqal Mengenal TuhanDi Manalah Kehebatanmu Manusia? 

»Jagalah Hidayah Dan Petunjuk Dari Tuhan

Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan. 

Manusia boleh mengusahakan, bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan. Kerana hidayah itu mahal nilainya, tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan. Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang. Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat, kemudian hilang.



Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata, sekalipun dia tidak mengambil pengajaran

Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa. Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan. Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku itu bencana alam, perkara banjir, biasalah. Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan. Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan. Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan. Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman, tersesat jalan tidak tahu tujuan. Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya. 

Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan. Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta, atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya. Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan. Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah. Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula dan kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat. Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta. Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap…



Fikirkanlah tentang Dia…yang sentiasa berkuasa atas sesuatu.... ALLAH S.W.T


~PESANAN PARA ULAMA'...~~


Penuhilah dirimu dgn makrifat kepada Allah. Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan?.


Berwaspadalah dgn lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah. Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah?.


Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dgn Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik?

Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah?.


Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari?


Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan?

Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali?


Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah swt, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian?

Wahai saudara/I, Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara-perkara yang sia-sia, kerana denyutan nadi itulah masa kehidupan yang singkat ini?

___________________________
_____________

" Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah TAQWA kepadaNya sebagai bahteramu, IMAN sebagai muatannya, TAWAKKAL sebagai layarnya..moga-moga engkau beroleh kejayaan"

~10 PERKARA YG SIA2.....~~


10 pekara yg sia2.....


:
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,

menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam

kategori sia-sia, iaitu:-



1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak

dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.



2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca

secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.



3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar

kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.



4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak

mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk

keselamatan arwah-arwah mereka.



5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian

ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.



6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan

seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah

ilmu pengetahuan.



7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling

menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.



8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi

tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.



9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa

memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan

meningkatkan budi pekerti.



10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran

kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.



28 December 2009

~ JIKA TERJAGA DITENGAH MALAM...~~


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal!

27 December 2009

~APA ITU "JODOH" ??

-->

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan  teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

www.iLuvislam.com
 



~ SIAPA YG ANDA SYG???~~

Pada suatu arI di sklh,,seorg murid bertnya pd gurunya.....ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih syg.

>PELAJAR: "cikgu,mcm mana kita nk pilih sseorg yg tbaik sbgai org yg paling kite syg???mcm mna jg kasih syg itu nk bkekalan???
>CIKGU: "o.k,,kamu ikut ape yg sy sruh....kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput smbil memandang rumput di dpan kamu....Pilih yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkg walau sekali...Dah petik rumput yg PALING CANTIK ,,bawa ke kelas....
>Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pn di tangannya....cikgu btanya,,,knapa tiada rmput yg dipilih??



PELAJAR: "tadi mase sy bjalan,,sy carilah rumput yg PALING CANTIK,,mmg ada bnyk yg cantik tp cikgu kata petik yg PALING CANTIK,,maka sy pn terus bjalan ke dpn smbil mncari yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lg....Tp,,smpai di penghujung pdang,,,sy xjumpa pn yg PALING CANTIK...mungkin ada diantara yg di belakang sy tadi rumput yg PALING CANTIK ttp cikgu dh ckp xboleh menoleh ke belakang semula,,jd tiadalah rumput yg sy boleh petik....>CIKGU: "Ya,,itulah jwpnnya...Maknanya apabila kita telah bjumpa dgn seseorg yg kite syg,,jgn la kite mncari lg yg lebih baik dari itu...Kite patut hargai org yg brada di dpan kite sebaik2nya.....Jgn kite menoleh ke belakang lg kerana apa yg telah berlaku tetap berlaku....Semoga yg berlalu tidak berulang lg....Dan ingatlah,,,org yg paling kite syg itulah yg paling cantik dan paling baik....Maupun nk ikotkan byk lg yg lebih cantik dan baik seperti rumput tadi......................





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...