ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

01 January 2010

~PESANAN PARA ULAMA'...~~


Penuhilah dirimu dgn makrifat kepada Allah. Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan?.


Berwaspadalah dgn lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah. Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah?.


Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dgn Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik?

Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah?.


Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari?


Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan?

Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali?


Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah swt, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian?

Wahai saudara/I, Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara-perkara yang sia-sia, kerana denyutan nadi itulah masa kehidupan yang singkat ini?

___________________________
_____________

" Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah TAQWA kepadaNya sebagai bahteramu, IMAN sebagai muatannya, TAWAKKAL sebagai layarnya..moga-moga engkau beroleh kejayaan"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...