Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Apabila dia rukuk maka dia diselimuti oleh rahmat Allah
Maka sembahyang itu mendatangkan rahmat dan juga menggugurkan dosa. Kerana itu jugalah mungkin mengapa masyarakat kita meletakkan tangan di atas kepala (rahmat turun) dan menyapu muka selepas sembahyang.
Orang yang bersujud bererti dia sedang sujud di hadapan Allah SWT.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Waktu paling hampir antara hamba dan Tuhannya ialah ketika dia bersujud”
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
Di dalam sujud kita hanya boleh bertasbih dan tidak dibenarkan membaca doa-doa misalnya doa-doa dari ayat quran.
Dari Huzaifah r.a. bahawa ia sembahyang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w., lalu (didengarnya) baginda membaca dalam rukuknya: “Subhana Rabbiyal Azim”, dan di dalam sujudnya: Subhana Rabbiyal A’la”….. ( Hadith sanad Hasan Sahih – Riwayat Tirmidzi).Sebagai kesimpulan,
- posisi sujud adalah waktu yang mustajab berdoa,
- kita dilarang berdoa dengan menggunakan ayat quran di dalam sujud
- di dalam sujud kita hanya boleh bertasbih dengan lafaz yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.,
No comments:
Post a Comment