ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

09 October 2010

~APABILA MUSLIMAH TERJERIT2 SEMASA KONSERT MAHER ZAIN...~

Bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Nak wat ape???


Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Search, Black Eye Peace,Rossa ke.. atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik. Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.

Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain? 
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah? Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
 agak2nye apelamaher zain pk dalam ati die timetgok pmpuan muslimah kat malaysia terlompat2 gtu.....

Dimanakah malu seorang muslimah?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 
"Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" Riwayat Bukhari dan Muslim

Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi? Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri. Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlakmu sebagai sorang muslimah.

Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...