ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

25 December 2011

BAHAGIAN OTAK YANG SELALU BERCAKAP BOHONG..JELAS DALAM AL-QURAN..... :)

^.^ Al-Quran Menjelaskan Bahagian Otak Yang Selalu Bercakap Bohong


Selama ini, mereka tidak mengetahui di bahagian otak manakah pada manusia yang paling bertanggungjawab terhadap kebohongan. Orang hanya tahu kalau bohong itu muncul dari ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bahagian tertentu dalam otak.

Setelah melakukan penyelidikan, akhirnya para saintis menjumpai jawapannya.
Bahawa, otak bahagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggungjawab terhadap terjadinya DUSTA ATAU PEMBOHONGAN.

Bahagian otak tersebut telah disebut di dalam Al-Quran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.

Yang amat mengagumkan adalah bahawa di dalam Al-Quran sejak berabad-abad lamanya, ada menyebut tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahal:


Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16 :

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.

Al-Quran memberikan sifat "naashiyatin kaadzibah" (mendustakan lagi derhaka).

Kenyataan seperti inilah yang dijumpai oleh ahli sains pada zaman sekarang dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan mukjizat Al-Quran yang baru dijumpai para saintis zaman moden..allahuakbar.....

11 December 2011

KITA AMAT BERHARGA!!!




-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga....




Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,tiada bezanya...kaya,miskin,nsme cntik...muda tua...

 hanya iman dan takwa yang membezakan kita.......allahua'lam...... ^^

10 December 2011

KENAPA BAHASA ARAB??



Jika dahulu pada saat mengisi borang UPU untuk kemasukan ke universiti, andai ditanya "mengapa saya memilih Bahasa Arab?". Saya mungkin hanya menjawab,
"sebab saya minat Bahasa Arab, tak minat Medic, Farmasi, Pergigian dan lain-lain".

Walaupun sebenarnya saya tidak geli dengan darah, tidak takut melihat kepala yang bercerai dari badan. Malah, saya menjadi semakin teruja apabila berlaku kejadian sedemikian di depan mata. Ini kerana, perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri saya. Saya sendiri merasa pelik.
Pernah saya suarakan, saya dilema antara jurusan Bahasa Arab, Ilmu Wahyu, Sains Kemanusiaan dan Architecture di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Andai saat itu juga ditanya mengapa pilihan saya adalah Bahasa Arab, saya tahu saya tidak tahu apakah sebab sebenarnya. Mungkin hanya kerana minat.
Tetapi, kini saya tahu...
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Az-Zukhruf 43:3 )
Terkadang terasa susah belajar bahasa syurga ini. Di UIA, penuntut dalam bidang Bahasa Arab adalah minoriti. Saya juga tidak tahu kenapa. Biarlah, masing-masing punya minat sendiri.
Terkadang saya fikir Ilmu Wahyu menarik, belajar tentang mazhab dan usul Fiqh serta perkara lain yang berkaitan. Terkadang, saya teringin sangat mempelajari Sains Kemanusiaan. Turut berkongsi kegembiraan melihat roommate membaca Sociology dan Pshycology. Terkadang, saya tertarik dengan lukisan dan hasil seni penuntut bidang Architecture. Bidang ini juga merupakan minat saya. Saya amat meminati seni.
Saya berfikir lagi...Kenapa dahulu aku memilih untuk meletakkan bidang Bahasa Arab ini pada pilihan pertama? Bukankah bidang lain pun menarik? Mungkin juga berkaitan minat saya dalam seni khat.  Jika dikatakan kerana minat, bukankah meminati bidang yang lain juga.
Sesungguhnya, inilah takdir. Allah ingin saya lebih dekat dengan-Nya. Dengan ilmu dalam bidang Bahasa Arab.
Ibu suka berkongsi cerita dengan saya. Ibu merupakan seorang guru sekolah rendah. Ibu suka berkongsi cerita terutamanya kisah di sekolah. Tentang murid-murid yang nakal dan mencuit hati. Juga tentang murid-murid yang sedikit sukar mendengar kata. Dan juga pelbagai kisah lain. Ibu bercerita untuk saya merenung kembali. Untuk saya muhasabah diri saya. Untuk saya mengambil pelajaran.
Satu kisah yang amat meninggalkan kesan dalam diri saya, sebagai pelajar jurusan Bahasa Arab, pelajar jurusan agama.
Ini satu kisah seorang guru yang berpangkat Ustaz. Seorang graduan lepasan Mesir. Seorang imam di kampungnya. Dia dikehendaki untuk mengajar murid pada sesi petang. Permintaan beliau untuk mengajar pada sesi pagi tidak diterima. Ustaz ini bertindak untuk tidak hadir mengajar di dalam kelas sebagai tanda protes. Ilmu yang dipelajari tidak digunakan untuk membentuk peribadi. Amanah tidak ditunaikan dengan sebaiknya. Kini, Ustaz tersebut telah berpindah ke sekolah lain.
Kisah yang amat menginsafkan saya. Sebenarnya dugaan orang yang belajar terutama dalam bidang agama lebih berat. Adatnya mereka lebih dekat dengan ayat-ayat Allah yang ditatap setiap hari. Dengan hadis-hadis Nabi yang dipelajari dan dihafaz. Namun, bidang pengajian bukanlah pembeza ketaqwaan.
Saya pinta...Andai satu saat diri saya yang bakal bergelar graduan dalam bidang Bahasa Arab ini tersalah memilih jalan, nasihatilah saya. Andai benar sebuah tamparan perlu untuk menyedarkan saya, tamparlah saya. Saya benar-benar maksudkan ini.
Aku seorang hamba,
Yang benar-benar terasa kehambaannya saat sujud menyembah,
Yang menangis saat menghayati kalamullah,
Yang merindukan pertemuan ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi,
Yang terasa kehilangan apabila tiada Al-Quran di sisi,
Yang nikmat dalam zikir kepada-Nya,
Yang ikhlas melakukan segala suruhan Allah,
Yang reda dengan segala ketetapan-Nya kerana keyakinan yang kuat kepada-Nya,
Yang asyik bercinta dengan-Nya bukan mengharap cinta insani yang tiada abadi,
Yang merasakan hanya Allah di dalam hatinya,
Hasbi Rabbi jalla-Allah,
Maa fi qalbi ghairullah,
Hanya Allah! Hanya Allah! Hanya Allah!
Aku ingin mengejar cinta teragung itu,
Bukan sekadar cinta yang sungguh mudah terlafaz di bibir sahaja.
Oleh itu, tidak kira anda pelajar dalam apa-apa bidang, bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu. Jangan berputus asa. Kerana ilmu yang bermanfaat itu bukanlah ilmu agama sahaja tetapi segala ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T juga ilmu yang membentuk peribadi mulia dalam diri. Walau dalam bidang apa sekalipun, peganglah prinsip belajar kerana Allah. Itu kekuatan selamanya.
Jika anda bakal seorang ustaz atau ustazah kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.
Jika anda bakal seorang doktor, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.
Jika anda bakal seorang arkitek, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?
Jika anda bakal seorang jurutera, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.
Jika anda bakal seorang juruterbang, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang kaunselor, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang pakar Bahasa Inggeris, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.
Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'...




Lihat...bukak mata...bukak ati.....bukak minda....n automatik dpat lihat....Indahnya ISLAM.....:)
^^

26 November 2011

~KENAPA AKU BERTUDUNG???



Kisah MENGAPA AKU MEMAKAI TUDUNG...

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung ni?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!haha "
"Macam baik sangat je pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung laa."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke???"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best n sbb menikam sekali pbla ada yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak???"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya....
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya....
Hanya DIA yang sentiasa...
Yang sntiasa ingat kat kite smua...tapi kite???............^&#$@&*@!
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur...
ttbe sklip mata da dkat alam sana..alam yang kekal slama2 nya.....tiada pnghujungnya....
alam yang mna xde lgi mak ayah..abg kakak...adik...sdra mara..kgkwan apatah lgi....hermm......
ALLAHUAKBAR....!!!!
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana......
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah "Alhamdullilah" apabila melihat perubahanku....

~~Aku bertudung & menutup aurat dgn sempurna kerana ALLAH..kerana itu adalah tuntutan agama...TUNTUTAN AGAMA....
Aku bertudung & menutup aurat dgn sempurna kerana aku syg ayahku, suamiku..bg yg da ada suami...aku syg abg2 ku & sedara2 lelakiku, kerana aku tidak mahu, kerana dosa aku itu,mereka pula yang terheret ke Neraka...Nauzubillah... =(  pkir2 balik..sian kat ayah dak p tu...free2 p tu skit2 dok heret ayah die ke nrka....
Ermm....klau la si ayah p tu ley tgok ngan mata ksar yg die kne heret ke nrka tu time org bkan mhram dok tgok aurat anak die tuh....ase2nye bpe jao n bpe dkat da c ayah tu da nak smpai ke pntu nrka dek prbuatan si anak pmpuan tu je....
 .... .....................................................................Meh pikir sejenak 2 jenak.......
Tapi skrg...kite tgokla sndri sklling kite,kaum adam skrg klau tgok pmpuan x brtdung...asal cun skit jek....fuh...mata x kelip2...dok snok tgok kat cun x brtdung tu...ngn cntiknya rmbut tu...pnjg mngurai...rbnding sumer...kaler2 lagi....ermm.....
n laki skng pn...rmai bonar ska plh y x brtdg...erm...mmg rmai...alasan???
---nak ubah ksik pkai tdg klw kapel t....yolaaa....hsnuzzon jela...huhu.....
tu pn klau iman c laki tu kuat n kkuh cm knkrit ha...
tapi klau nak kwen...yg nak tok wat bini...pndai pulak nak ciri2 yg berlist2 pnjng haa...
nak kuat iman...brtdung litup,xmo yg free hair...smyg...

 Kita doakan bgi mereka yg mnghdpi stuasi mcmni agar  terus istiqamah k dan mengajak sahabat lain untuk berubah sprti ini... Insyaallah....:)
Smga Allah sntsa memilih kite utk kembali dekat pada-Nya....walau apa pun keadaan kita....smga x alpa dgan dnia ni....huhu... Hidayah itu milik-Nya hanya mereka yg terpilih memilikinya.....
ALLAHUA'LAM...Smga ap yg d shre kat blog ni bg mnfaat to kgkwan sumer....amenn...:)

19 November 2011

~PERNAH RASA DOA X DIMAKBULKAN ALLAH?? TAW KENAPA????


assalamualaikum sume...:)
rni,..ttbe nak shre  sikit tazkirah untuk kita sama-sama menilai diri kte...insyaallah....:)

Mengapakah doa-doa kita selama ini tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan Allah sudah berjanji dalam al-Quran dengan firmanNya ;
Ud'uni Fastajib Lakum“Dan Tuhanmu berfirman ; berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu…” (Al-Mukmin 40:60)
Jadi, mengapa doa kita tidak dimakbulkan walaupun hari-hari kita menadah tangan meminta macam-macam dariNYA?
Adakah Allah mungkir janji?
SUBHANALLAH. Maha Suci Allah. Mustahil lah Allah mungkir janji kan?
Pasti ada sebab-sebabnya mengapa doa kita tidak dimakbulkan. Jangan salahkan Tuhan, tapi salahkan diri sendiri kalau doa kita tak makbul.
Berikut ini saya kongsikan 7 Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan.
sebab mengapa doa tidak dimakbulkan
7 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan ialah ;
  1. Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah SWT dan tidak bertaubat serta tidak menyesalinya.
  2. Kamu mengakui kamu hamba Allah SWT tetapi kamu tidak berlaku sebagai seorang hamba Allah SWT yang patuh kepada majikanNya.
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.
  4. Kamu mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan kamu masih tetap makan benda yang haram.
  5. Kamu mengakui dunia ini tidak bernilai di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk tetapi kamu masih berasa tenteram dan nyaman di dalamnya.
  6. Kamu berkata dunia ini akan hilang tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya.
  7. Kamu mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan kamu tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.
Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 612
Renung-renungkan lah diri. Termasukkah kita dalam 7 golongan diatas?huhu.....
=.=
Sekian, semoga ada manfaatnye k....smga ari2 kalian  dibrkati olehNya.....amenn....^^

23 October 2011

~SIAPA DIA UNTUK SAYA...~~

Andai kata diterima,sematkan kesetiaan.Tak kisah-lah setahun
ke,dua tahun ke atau tiga tahun dan selanjutnya.Jarak masa tu memang
lama.

 
DIA Idaman
Ana,
Cintanya,bukan cinta biasa.
Cintanya kepada Allah,adalah segalanya,
Cintanya kepada Rasulullah,itu yang utama,
Cintanya kepada Dakwah,itulah tujuan hidupnya,
Cintanya kepada saya beerti mencintai juga seluruh ahli keluarga saya,,,,tiada beza secubit pun...



Aku ingin hati yang bersih.
Yang Jujur apabila berbicara,
Yang Ikhlas apabila membantu,
Yang Kuat apabila difitnah,
Yang Tabah apabila diuji,
Yang sentiasa Bersyukur apabila disakiti,
Yang tetap Gembira apabila dikhianati,
Yang tetap Ceria apabila dibenci.

Aku ingin hati yang bersih.
Yang berasa 'Aib apabila menghina,
Yang berasa Hina apabila meminta,
Yang Insaf apabila terleka,
Yang menangis apabila menyakiti,
Yang Sugul apabila membenci,
Yang Malu apabila dipuji,
Yang Tawadhu' apabila dikasihi.
Khas buat diriku.
Keinginan yang banyak,tidak akan sesekali Allah
tunaikan..Bukan memilih tapi harus...sbb saya akan bersama dengan lelaki yg akan membawa saya samaada ke syurga ataupun neraka....
Tanpa usaha,tentunya.
Kejayaan,
Allah tak kan beri bergolek..
Tanpa ujian.
Berusahalah bermula dari sekarang.
Terima kasih kepada semua sahabat,atas nasihat & dorongan...tersangatlah beerti untuk saya...
Terima kasih ya Allah,atas perasaan ini....Allah Maha Mengerti.....aL-Fatihah buat DIA....amin....

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...