ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

22 February 2013

~CARA MENGURUS URI..~~

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
assalamualaikum...dearest sahabat2!!!

Kebanyakkan ibubapa yang baru mendapat cahaya mata pertama akan 'lost' tentang cara menanam uri tembuni anak masing2. Dan selalunya kita akan ikut aje cara2 menanam ni melalui amalan turun temurun. Harap paparan artikel dari segman Agama akhbar Berita Harian ini dapat membantu para ibubapa dalam pengurusan menanam uri anak anda. Moga-moga tidak ada lagi kepercayaan khurafat dalam hal pengurusan uri ini...




Islam melarang perkara khurafat dalam pengurusan uri....

SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘kembar bayi’. Uri atau tembuni atau plasenta dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-mashimah.

Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat.

Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran.

 Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka.
Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang.

Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim.

Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri.

Ini seperti mana larangan Rasulullah SAW ketika mana kematian anaknya, Ibrahim, dikaitkan dengan gerhana matahari dan bulan.

Masyarakat di Kampung Ayer, Brunei, tidak menanam uri bayi sebaliknya hanya memasukkan uri dalam bungkusan plastik yang disangkut di dahan pokok di sebuah pulau tidak berpenghuni.

Islam agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam konteks pengurusan uri ini, Islam menetapkan beberapa garis panduan seperti dijelaskan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi,

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.

♥ Semoga menjadi amalan dan panduan buat kita semua ♥..AMEEN... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...