ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

22 February 2012

SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA...



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Di akhirat, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

Ibunya

Isterinya

Anak Perempuannya

Saudara Perempuannya
Manakala seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:

Suaminya


Ayahnya

Anak lelakinya

Saudara lelakinya

Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga

Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah

Taat Kepada Si Suaminya

Menjaga Kehormatan Dirinya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.. :)



19 February 2012

SEKILAS PANDANG SEJUTA MAKNA..... :)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





‎:::: ADA ORANG...... ::::



ada orang tak pernah gi ke masjid surau sepanjang hayat dia.....

tapi bila dia nak pergi...bila sekali tu dia pergi....




MEMANG HEBAT.....

dia nak duduk kat depan sekali...."DEPANNNN sekali".....

malah di hadapan tok imam.......

renung2kan....dan slmat brtaubat...... :)


11 January 2012

~SEORANG WANITA BERTUDUNG DI RESTAURANT..~~

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Mari bace sbuah crita...:)

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.

."Ditambah lagi... " nampak sgat dtg dari kampung minah ni sbb pkai tdung tu....."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung....Gadis itu juga bertudung bukan kerana dia bertudung sebab datang dari kampung....ttapi dia bertudung krna itu adalah tuntutan agamaNya yang wajib dilaksanakan oleh semua prmpuan2 muslim di dunia ini....

Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu....

Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor...

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.) (^_^)


Moh le kite amalkan sunnah Baginda Sallallahualaihi wasalllam...xya sibuk pning2 dok pkir "ape org kata"...meh kite strt dari skng pkir "ape ALLAH kata"....kan2...^^…wallahua’alam wa insya-ALLAH.. :DD





08 January 2012

~DOA SI ANAK KECIL.....~~~

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,....
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
~Ustazah Norhafizah Musa.
*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan.......

 Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya....
ALLAHUA'LAM.....  :)

04 January 2012

KENAPA LIAT NAK SOLAT??KENAPA???KENAPA????

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Liat nak solat???saye??anda???ermmm...tepuk dada tnya iman... tpuk iman,ape jwapan y kua??? :)


LIAT...SUSAH...PAYAH....WAT DUNO klau nak solat....KENAPA???
Nak2 SUBUH.... memang liat tu sinonim sgat2 ngn waktu nak smyg sbuh....mata berat??xbleh bukak mata??xsdar lgsg??tido mati???jam x bunyik???tdo lmbat???mata xdpat bukak awal2 pgi??? hehhe...mcm2 alasan kan...


KITA dan SUBUH.....skrg meh kite fkus dkat solat subuh dulu k....sbb tau...solat subuh ni la yg pling liat n ssah nak wat kan...same la sye jugok...tpi tula...rsa nak shre topik ni ngn korg!!!  :)


spnjg idop slma 24 taon ni...brpa kali dpat lksanakan sbuh yg baik....sbuh yg on tme!! sbuh yang brkat......


n bpe byk sbuh yang sbsar gjah y kite sllu wat...sllu org ckap sbuh gjah....klau trbngon kol 7 ke 8 ke....pggil sbuh gjah la tu....tringat lctrer ad cakap,,,,klau kol 10 11 12 tu...sbuh bapak dnsour ha!!! tapi klau x smyg sbuh??ap nak pggil??? huh...takutnyelaa hai  klau allah murka kat diri  ni.. :(


SUBUH.....


WAJIB QADA'???ye!!! mmg WAJIB GANTI!!QADA!! apa yg wajib ke atas kita...tpi kita x wat....maka wajiblah kita ganti balik....DOSA??ye...dosa tu mmg la berdosa sbb kita xwat..sngja x wat....tp qada tu pun wajib kite wat......bakinya....antara Allah SWT trima or x ap yg kita gantikan tu.... rase2nya...camne pndangan DIA dkat "QADA" kite tu,..... :)


sbgai pesanan rgkas....klau "terrrr"bangun...mmg btul2 x sngja...xsdr lgsg scra xsngja nya...bgun2 je trus la solat subuh .....ye..qada......xksah la pkul brpa...9 ke..10 ke..11 ke....."terrr"bngun lmbat....bukan alasan free tok kite xsolat ye.....




klau kome2 trsa ati..hehe....jgn amek ati yekk...xd maknanya sye nak skitkan ati sspe...xd faedah pun....tp amek sbgai 1 nshat n fkir2kanlah....tok diri sndri jugak yg srba kkurangan ni....y pnuhhhh dgan dosa dgan pencipta....huhu.....




SUBUH....Anggaplah bangun solat subuh adalah satu peperangan melawan syaitan...
 Apabila tersedar, ingatlah Syaitan sdg merantai anda. .. Maka ketika itu, ingatlah bahawa anda perlu/mesti perangi syaitan itu.  Jangan beri mereka peluang (dgn perasaan 'nak tidur 5-10 minit lagi').  Lawan lwan lawan dan terus lawan dan dlm hati mohonlah pertolongan Allah atau sebutlah nama Allah sebanyak mungkin......

Cepat2 ambil tuala dan terus ke bilik air dan basuh/mandi apa yg patut dan berwuduk...  Selepas itu awak akan dapati beban malas tu terasa sangat ringan dan rasa gembira akan hadir kerana dpt melawan nafsu dan iblis.  Dan bersyukurlah dgn nikmat Allah kerana dgn kekuatan yg diberiNya lah kita dpt beribadat kpd Nya.. kita ni tidak ada upaya apapun kecuali dgn pertolongan dan rahmat Allah jua......  :)

Selain itu, kena selalu hadirkan diri ke kelas majlis ilmu kerana itu juga dpt membantu meneguhkan iman.  Elakkan diri dr bergelumang dgn maksiat kerana maksiat akan menghitamkan hati dan sukar nanti mendapat hidayah.  Maksudnya apabila sudah mula sembahyang, maka minta pertolongan Allah agar dijauhkan dr maksiat, selepas itu berusaha sedaya upaya dan bertawakkal. Insyallah, nanti kemanisan solat itu akan dtg dan selepas itu anda akan bangun subuh dgn mudah.  Kdg2 tak perlu pakai jam pun.

Hidup kita ni adalah ujian.  Maka setiap ujian apapun fitrahnya mmg berat.  Utk berjaya dlm SPM pun kena berusaha keras, maka apatah lagi utk berjaya di akhirat.. maka ujian adalah lebih berat.  Maka bersabarlah kerana sabar itu ada 3 jenis
1) Sabar di dalam menjauhi maksiat
2) Sabar didalam mengerjakan ketaatan
3) Sabar didalam menghadapi musibah






http://www.scribd.com/doc/38172548/Subuh-Yang-Hening>>> jom bace jap....:)  


kadang2 sedih bile renungkan.... hidup ni macam tak complete seh... ..

padahal kalau ada project/atau nak pegi holiday time pagi2 buta ke,g shopping ke...ade intrvw ke...ad prgram pnting ke...kol 5pgi pun.... mesti bole bangun punyalaa....kan2??? hehe.... tapi kalau solat subuh..walaupun 30 alarm kunci... pun mata ni tak bole bukak..... 


mmg kdg2 rasa guilty jugak ni bile pikir2 balik..... btul jgak...ingat...kalau kita betol betol niat dalam hati...untuk dikejutkan untuk solat subuh....untuk bngun solat subuh...mnghdap DIA... insyaallah kita bole bangun....... :)



smga ALLAH menemukan kita dgan teman idop yg x lari dr mnunaikan kwjpan kpdNya.....nak2 bab2 solat ni....dpat suami y xsmyg.....liat bebeno.......hbisla gnrsi anak ccu ccit t.....xtgok lg bab2 puasa ke...zkat ke...huuhh.....sbb tu klau nak plih psngan idop,plih yg dpat bwak kita ke jlan syurga......yg dpat bmbing kita ke sana..... bek laki mahupun pompuan..... :)







ad 1 post ni...meh baca..bes jgak...

Bagaimana nak ajak GF/BF bersolat kalau ko sendiri yang liat nak solat....Pergh.... macam nie la status Mr. Muscleman a.k.a Bro Ben dekat dier punyer FB tadi.... Aku tertarik sebabnyer benda ni dah lama aku nak kupas.... tapi oleh kerana medium kapasiti otak aku ni dah dipenuhi dengan pembelajaran master dan kerja... Maka terlupa la jugak.... 

Ada betul dan benarnyer status tuu... Bro Ben dah kupas dengan panjang lebar di entrinyer diSINI... Aku sokong... dan aku nak menambah sikit pasal KENAPA RAMAI YANG TAK SOLAT... kt MALAYSIA je mmg RAMAIIIIIIIII sgt y x solat.....blum lagi sedunia.....Sebelum aku pegi lebih lanjut.... Satu jer soalan yang aku nak bagi kat hang pa semua.... Kenapa perlu bersolat? Sila jawab tanpa apa-apa rujukan...dua saat dari sekarang.... Boleh tak? Ada jawapan tak yang keluar dari otak pemikiran hang pa semua?

Mungkin ada yang jawab... KEWAJIPAN DALAM AGAMA.... Mungkin ada yang jawab... SOLAT TU TIANG AGAMA.... Ada yang mungkin jawab... SEBAB ALLAH SURUH... Apa jawapan hang pa? Dalam blog nie dah banyak dah citer pasal SOLAT... Kebaikan dan hubungan solat dengan ilmu alam.... Kepentingan solat untuk kesihatan badan..... Godek-godek la dalam blog aku nie... Cuma yang menjadi masalahnya... Kenapa ramai lagi yang tak nak solat?

Punca utama.... bagi aku la kan... BERPUNCA DARI RUMAH ANDA SENDIRI... Segala-galanya bermula sejak dari kecil lagi... Si bapak dan mak nyer sendiri tak MEMAKSA anaknya bersolat.... Kononnya.... si anak ada kebebasan memilih cara hidupnya....  Ni la orang kata.... Salah didikan agama... Kononnya hak asasi manusia dirajakan melebihi kehendak agama... SALAH3!!!!!!

Lagi satu... mak bapak sendiri pun TAK BERSOLAT!! Ni lagi parah nie....Parah tok anak2....parah tok smua ahli klrga...parah tok diri sndri...parah tok sgla2nya.....subhanallahhh....huhu....Macam mana nak didik anak bersolat ek? Aku bagi beberapa persoalan ikhlas... Dan aku nak si pembaca yang TAK SOLAT tu... sila jawab dengan ikhlas dalam hati masing-masing......

"HIDUP KORANG AMAN DAMAI TAK?"

"WALAUPUN BERHARTA, RASA CUKUP TAK DENGAN APA YANG ADA?"

"HATI/JIWA KORANG TENTERAM TAK?"


Tu jer.... kalau korang rasa jawapan korang tu ke arah yang tak berapa elok..... Aku rasa.... Punca utamanya.... SEBAB KORANG TAK SOLAT. Tu jer.... Sila la belajar bermula hari nie.... dan cuba lah jadikan amalan wajib setiap hari..... Korang akan dapat kebahagiaan dan keberkatan DI DUNIA dan di akhirat nie.....Insya Allah.......malulah dgan orang kurang upaya...cacat...xde kaki..xd tngan..tapi diorg SOLAT....malunya dgan anak2 kecil yg size bdan jao lg kcil dr kita tp dorg SOLAT.....malunya dgan org buta y xnmpak ape2 pn kat dunia ni tp dorg SOLAT......malu2..... =(

P/S: Kaya, miskin, gembira, sedih, semuanya UJIAN dari Allah..... :)

AKHIR KALAM...SOLATLAH SEBELUM KITA 


DISOLATKAN...... =(





25 December 2011

BAHAGIAN OTAK YANG SELALU BERCAKAP BOHONG..JELAS DALAM AL-QURAN..... :)

^.^ Al-Quran Menjelaskan Bahagian Otak Yang Selalu Bercakap Bohong


Selama ini, mereka tidak mengetahui di bahagian otak manakah pada manusia yang paling bertanggungjawab terhadap kebohongan. Orang hanya tahu kalau bohong itu muncul dari ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bahagian tertentu dalam otak.

Setelah melakukan penyelidikan, akhirnya para saintis menjumpai jawapannya.
Bahawa, otak bahagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggungjawab terhadap terjadinya DUSTA ATAU PEMBOHONGAN.

Bahagian otak tersebut telah disebut di dalam Al-Quran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.

Yang amat mengagumkan adalah bahawa di dalam Al-Quran sejak berabad-abad lamanya, ada menyebut tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahal:


Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16 :

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.

Al-Quran memberikan sifat "naashiyatin kaadzibah" (mendustakan lagi derhaka).

Kenyataan seperti inilah yang dijumpai oleh ahli sains pada zaman sekarang dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan mukjizat Al-Quran yang baru dijumpai para saintis zaman moden..allahuakbar.....

11 December 2011

KITA AMAT BERHARGA!!!




-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga....




Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,tiada bezanya...kaya,miskin,nsme cntik...muda tua...

 hanya iman dan takwa yang membezakan kita.......allahua'lam...... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...