ALLAHUAKBAR ~~

~ Be thankful for what you have.. you'll end up having more...
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough....~~ :) Tapak kaki kita kalau dah KERAS, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang LEMBUT, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. -Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat- By: PEANUT...

05 November 2010

BERKHALWAT DALAM KERETA...&LANGGAR ORG SMPAI MATI~~

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untukmelepaskan diri.
Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itubagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universititersebut.
Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepaladalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.
Malangnya,setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25,gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)pada pukul 4.30 petang ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universititersebut.
Katanya, kemalangan membabitkan mahasiswa tahun dua dari Fakulti Teknologi Maklumat itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 pagi.
'Mengikut laporan, mahasiswa berusia 20 tahun yang memandu kereta Perodua Viva bersama seorang mahasiswi itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya semasa mahu keluar dari kawasan kampus.
'Keretanya terbabas lalu melanggar pagar besi di situ lalu mengenai seorang polis bantuan,'katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke HKL selepas itu.
Selepas dua hari bertarung nyawa, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini.
Che Hussin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mahasiswa terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta PengangkutanJalan 1987 iaitu kecuaian menyebabkan kematian.
yg viva tu kete bf dia.. anak vip tu gf dia.. yg drive bf tu.. bf tu mmg tak ley lari la.. tapi yg tak puas ati skang, patutnya gf anak vip tu kene sabit bersubahat gak.. tapi dia lepas sbb geng2 uniten ckp, bapak dia vip ada kepentingan.. so skang yg kene bf tu je la sorg..
"couples tu MMG naked n one above another in a locked car depan swimming pool masa guard on duty conveyed torch light n knocked d car window..pas tu dua ekor tu dah panic,terus start engine n pecut..guard on duty called postguard to close d gate,Masa sampai kat gate depan, die xnak brenti n rempuh je gate, thats why guard yang kat blakang gate tu parah.."
Smga allah menempatkan mngsa (polis bantuan) yg d langgar tu brsma org2 y beriman....i.allah.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...